Sumber: SPRM akan panggil Zahid, Hishammuddin lepas Raya

Sumber memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein selepas Aidilfitri bagi membantu siasatan berhubung perjanjian pertukaran tanah melibatkan Kementerian Pertahanan.

Sumber yang rapat dengan perkembangan kes itu berkata penyiasat SPRM ketika ini memerlukan masa untuk merakam keterangan daripada beberapa individu terlebih dahulu.

“SPRM belum ambil keterangan mereka. Pegawai penyiasat (ketika ini) perlu ambil keterangan daripada orang lain dulu.

“Lepas raya (baru akan panggil),” kata sumber itu yang merupakan pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan.

Malaysiakini difahamkan bahawa Zahid yang juga merupakan bekas timbalan perdana menteri akan dipanggil terlebih dahulu sebelum Hishammuddin.

Awal bulan ini Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki memberitahu media bahawa dia tidak menolak kemungkinan memanggil Zahid untuk membantu siasatan.

“Saya tak tolak kemungkinan itu. Sesiapa saja terlibat akan dipanggil,” kata Azam seperti dilapor media.

Siasatan berkenaan dilancarkan selepas audit Kementerian Pertahanan mendapati terdapat penglibatan bekas perdana menteri dan menteri pertahanan dalam urusan pertukaran tanah melibatkan kementerian itu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika pembentangan laporan akhir Jawatankuasa Pemerhatian Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan Berhubung Projek Land Swap Kementerian Pertahan di Dewan Negara pada 9 Mei lalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s