Bantuan khas Aidilfitri bukti kerajaan Mendengar Keresahan Peneroka Felda

Keputusan untuk memberi bantuan khas RM300 kepada 112,635 peneroka Felda membuktikan kerajaan memahami keresahan peneroka yang dihimpit masalah kewangan untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pemuda AMANAH Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, perkara ini sememangnya menjadi harapan mereka sejak dari awal lagi selepas mendengar dan meninjau keadaan sebenar peneroka di Felda.

“Kami ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas ini. Berita ini sudah pastinya memberi kelegaan kepada peneroka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda AMANAH Perak juga memuji tindakan pro aktif pihak kerajaan yang turut mengarahkan Felda supaya membuat bayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PDH ) kepada peneroka yang terlibat.

Di samping itu, katanya, perkembangan ini juga menunjukkan pihak kerajaan memahami keresahan peneroka dan sedia mencari jalan untuk memberi bantuan meskipun sebanyak RM 6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan telah pun diluluskan untuk penstrukturan dan pengukuhan operasi Felda.

Justeru, beliau berharap permintaan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya peneroka menjual hasil kepada kilang yang diiktiraf kerajaan dapat dipenuhi sebagai balasan atas ihsan pihak kerajaan memberikan insentif kepada peneroka.

“Semoga dengan pemberian ini akan dapat sedikit sebanyak membantu peneroka Felda membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri seterusnya mengukuhkan hubungan antara peneroka, FELDA dan kerajaan dalam menjayakan program-program yang dirancang pada masa depan,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s