Harga ayam turun di hari raya jadi bualan pengguna

Usaha kerajaan untuk mengawal harga barangan pengguna di pasaran sempena sambutan hari raya Aidilfitri melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) didapati berkesan kerana peniaga mengikuti penetapan harga yang ditetapkan oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

SHMMP yang dilaksanakan selama 30 hari iaitu 15 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 14 hari selepas perayaan berbanding 15 hari pelaksanaannya sebelum ini.

SHMMP kali ini membabitkan kawalan harga bagi 27 jenis barangan berbanding 21 barangan sebelum ini.

Ini termasuklah usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan keperluan mencukupi, termasuk meningkatkan pengeluaran tempatan, menambah kuota import bagi beberapa makanan terpilih serta melaksanakan sekatan eksport ikan.

Bagi tempoh sebulan musim perayaan sempena Ramadan dan Aidilfitri, anggaran jumlah pengeluaran makanan utama seperti daging lembu (tempatan dan import) adalah 49,733 tan, ayam (tempatan) (351,046 tan) dan telur ayam sebanyak 2.8 bilion biji.

Turut tersenarai kubis bulat 15,000 tan dan ikan (pelbagai spesies) mencecah 108,500 tan.

Peniaga turut diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

Beberapa pemilik ciapan di laman sosial memuatnaik komen-komen mereka tentang harga patut terutama harga ayam yang didapati berpatutan dan rendah harga berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ammar Izham dalam ciapannya berkata, sambutan hari raya tahun ini ujarnya, tidak kedengaran harga barangan kawalan naik.

“Raya kali ini tidak kedengaran pula harga ayam naik, harga daging naik, gula kena sorok. Perasan tak?,” soalnya dan katanya lagi:”sebab benda baik takde yang perasan.”ujarnya sambil dilekat emoji ketawa kegembiraan hingga menitis airmata.

Bahkan ciapan Dasuke pula mengatakan harga ayam terendah di Terengganu dengan harga RM4.70 dakwanya sebelum hari raya.

Begitu juga didapati beberapa komen lain di ciapan yang memperkatakan mengenai harga ayam yang murah pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini yang dipaparkan di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s