Kadar sabitan rasuah dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun

Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diterajui Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019 ketika beliau menerajui SPRM, agensi itu membuat tangkapan hampir 1,300 orang antaranya melibatkan 30 ahli politik VVIP atau ‘ikan besar’, 13 pegawai pengurusan tertinggi, 30 ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, serta 137 pegawai pengurusan profesional.

Mohd Shukri berkata SPRM mencatat kejayaan besar dengan menjadikan Malaysia setaraf dengan Singapura, Hong Kong dan Singapura dalam usaha membanteras rasuah.

Dalam tempoh setahun itu juga, katanya Malaysia mendapat pengiktirafan tinggi antarabangsa apabila SPRM dianugerahkan oleh Global Investigation Review (GIR) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat sebagai ‘The Most Emerging Enforcement for 2018’ dalam usaha perangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Berduyun-duyun delegasi luar negara datang nak belajar dengan kita. Setiap bulan ada saja agensi luar negara datang nak belajar dengan kita. Kita begitu kerap dipanggil badan-badan antarabangsa untuk memberi talk di international seminar,” katanya dalam satu pertemuan dengan media di sini hari ini.

Mohd Shukri bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016 sebelum kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei 2018 untuk tempoh dua tahun secara kontrak. Mohd Shukri, 58, bagaimanapun memutuskan untuk memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun setelah Mohd Shukri membuat keputusan memendekkan kontraknya.–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s