‘Najib adalah ‘ultimate bos’ saya’

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Diperbadankan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh tidak menafikan Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengaruh dalam keputusan dana persaraan itu meluluskan pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Azian ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff berkata, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mempunyai pengaruh ke atas kelulusan permohonan pinjaman pada 2011 dan 2012 itu.

“Pernyataan dalam surat permohonan pinjaman (SRC International) adalah daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP.

“Dia adalah ‘ultimate boss’ saya, jadi saya tidak dapat menafikan ada pengaruh tertentu.

“Tidak ada paksaan berdasarkan undang-undang tetapi saya tidak boleh mengatakan perkara sama bagi maksud ‘pengaruh’,“ katanya.

Dalam perbicaraan terdahulu, Azian memberitahu mahkamah, pinjaman sebanyak RM4 bilion oleh SRC International adalah jumlah terbesar pernah dipersetujui agensi dana persaraan itu.

Azian berkata, KWAP meluluskan pinjaman pertama RM2 bilion kepada SRC pada 2011 dan pinjaman kedua juga berjumlah RM2 bilion pada 2012.

Azian selaku saksi ke-38 pendakwaan adalah CEO pertama KWAP yang dilantik pada Mac 20017 sehingga Mac 2013 dan turut dilantik sebagai Ahli Ex-Officio kepada Lembaga Pengarah KWAP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s