Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan desak Zamihan letak jawatan di Jakim

Pemuda AMANAH WIlayah Persekutuan mendesak Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja),Zamihan Mat Zin meletakkan jawatan sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana didakwa memfitnah parti itu di dalam facebook miliknya.

Exco Pemudanya Zulnazmi Zulkifli berkata, Zamihan telah memuat naik status yang mendakwa AMANAH mengutip duit zakat dengan meletakkan gambar resit dengan logo parti itu pada 7 Jun lepas.

Katanya, walaupun status di Facebooknya itu meletakkan tanda soal kononnya bertanya mengenai kesahihan resit tersebut, namun beliau kemudian menulis kenyataan fitnah dan sengaja memburukkan imej Amanah dengan mendakwa agama Islam semakin rosak apabila dijadikan alat politik kepartian.

“Berdasarkan gambar yang dipaparkan akaun Facebooknya, ternyata dalam resit itu tidak menyebut langsung tentang pembayaran zakat sebaliknya resit tersebut adalah pembayaran yuran ahli.

“Justeru, saya mencabar Zamihan supaya meletak jawatan sebagai pegawai Jakim yang telah membuat fitnah dan melanggar integriti penjawat awam.

“Beliau sepatutnya berhenti berselindung di sebalik kedudukan sebagai penjawat awam di Jakim dan turun ke gelanggang politik jika mahu berterusan membuat kenyataan palsu dan bersifat provokasi terhadap Pakatan Harapan.

“Saya juga mendesak pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jakim mengambil tindakan segera terhadapnya yang jelas mencalar nama baik pendakwah dengan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s