Kes SRC: RM2 bilion masuk dalam akaun ‘misteri’ – Saksi

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah dimaklumkan mengenai terdapat kemasukan wang berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) ke dalam satu akaun “misteri” milik syarikat itu.

Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54, yang menjawab soalan peguam Harvindejit Singh di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata wang berkenaan iaitu pinjaman SRC daripada KWAP itu dimasukkan ke dalam akaun “misteri” berkenaan pada 29 Ogos 2011.

Saksi ke-39 pendakwaan itu berkata demikian ketika Harvinderjit mengemukakan kepadanya penyata bank dengan nombor akaun berakhir 736 milik SRC.

Saksi bagaimanapun berkata, dana terbabit dikeluarkan pada tarikh sama.

“Ahli Lembaga Pengarah juga tidak mengetahui bahawa dana itu dikeluarkan daripada akaun berkenaan.

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil tidak memaklumkan mengenai semua transaksi berkenaan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Ismee dalam keterangannya berkata, akaun itu dibuka oleh CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan mempunyai empat penandatangan sah, termasuk Nik Faisal.

Beliau berkata, Ahli Lembaga Pengarah juga tidak mengetahui dana yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank dengan nombor berakhir 736 turut dikeluarkan pada hari sama.

“Lembaga Pengarah SRC International tidak mengetahui mengenai kewujudan akaun AmBank yang didaftar atas nama syarikat, sehubungan itu, Lembaga Pengarah tidak pernah mempunyai kawalan terhadapnya.

Dalam pada itu, Ismee berkata, Ahli Lembaga Pengarah SRC juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan transaksi pengeluaran wang berjumlah RM15 juta yang diterima SRC daripada kerajaan sebagai geran permulaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s