Selagi hayat dikandung badan

“Selagi apa yang mampu pada kita, kita beri secukupnya kerana kasih ibu yang menyusukan kita itu tidak mampu dibalas dengan pengorbanan diberikan,” kata seorang anak, Mohamad Lzis Awang, 27, di rumahnya, petang semalam.

Di dalam kesempitan kehidupan, Lzis bersama Isteri, Siti Halijah Mohd Yusof,23, telah ditempuh dugaan apabila terpaksa menjaga ibu dan kedua mertuanya yang keuzuran.

Keuzuran yang dihadapi itu membuatkan bapa mertua Lzis, Wahab Ismail,78, terlantar disebabkan lumpuh separuh badan manakala ibu mertuanya menghadapi cacat penglihatan.

“Ibu saya pula kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda disebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis.

“Malah, mak (mertua) juga turut menghidap penyakit sama dan dua tahun lepas pernah menjalani dua kali pembedahan di leher dan beberapa kali di mata.

“Walaupun mak juga menghidap darah tinggi dan tiga saluran jantungnya tersumbat, namun saya terpaksa membatalkan pembedahan itu disebabkan jaminan doktor mengatakan kondisi ibu yang sudah tua bakal membawa kesan kepada pembedahan itu,” katanya ketika ditemui MelakaKini di rumahnya, petang semalam.

Lzis yang tidak bekerja tetap itu masih mencari pekerjaan bagi menyara keluarga malah buat masa ini dia hanya menantikan penggilan dari temannya bagi membantu melakukan kerja-kerja membabitkan mengecat dan membersih rumah.

Sementara itu, Siti Halijah berkata, kekurangan itu tidak mematahkan semangatnya bersama suami dalam membesarkan seorang anak serta menjaga ibu bapanya malah perlu ikhlas dalam menjaga mereka.

“Ini juga merupakan cara saya membalas jasa Mak Ayah yang dahulu menjaga saya sejak tujuh hari sehingga hari ini (semalam).

“Biarpun pertalian sebenar bersama mak ayah hanyalah datuk saudara namun kasih yang dicurahkan sejak kecil sehingga saya dibesarkan itu tidak mampu dibayar sehingga kini,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri, Adly Zahari yang berkunjung ke rumah keluarga itu menerusi program Ziarah Kasih DUN Bukit katil berkata, beliau akan cuba menyelami dan menyelesaikan segala kesempitan yang dihadapi seperti keluarga itu.

Jelasnya, pihaknya akan mendapatkan maklum balas melalui permohonan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi mengurangkan bebanan keluarga itu.

“Malah kita akan cuba dapatkan pekerjaan kepada mereka sekali gus pendapatan yang diterima itu sedikit sebanyak mampu menyara keluarga,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s