Adly Sedia Berdebat Dengan Idris

AYER KEROH 21 Jun – Ketua Menteri, Adly Zahari bersedia menerima cabaran dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron untuk mengadakan debat terbuka berhubung beberapa isu termasuk perumahan rakyat.

Beliau bersedia menyahut cabaran itu bagi menjelaskan segala isu yang dibangkitkan pembangkang negeri ini.

Menurutnya, perdebatan antara bekas Ketua Menteri itu mampu memberi peluang kepadanya dalam menyebarkan mesej sebenar kerajaan negeri termasuk beberapa perkara yang dicetuskan sesetengah pihak.

Image result for idris haron

“Bila-bila masa saja saya sedia menerima undangan oleh mereka bagi berdebat dengan menyampakan mesej mahupun isu yang dibangkitkan.

“Secara peribadi saya bagi pihak kerajaan negeri bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Jasin mencadangkan agar satu debat terbuka diadakan antara Adly dan Idris.

Perdebatan berkenaan diadakan bagi menyuarakan beberapa isu termasuk program perumahan rakyat yang ditularkan di Facebook.

Advertisements