“Tabung Haji Cemerlang”-Titah Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Lembaga Tabung Haji kerana berjaya melaksanakan urusan haji dengan cemerlang walaupun berdepan cabaran besar ketika ini.

Baginda bertitah cabaran besar berbentuk urus tadbir kewangan itu tidak menjejas perkhidmatan menguruskan urusan haji, sebaliknya terus mengekalkan segala kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan para jemaah.

“Beta merakamkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji atas perkhidmatan cemerlang yang telah mereka buktikan untuk sekalian lamanya,” titah Sultan Nazrin.

“Hargailah perkhidmatan yang disediakan, berikanlah segala kerjasama kepada kakitangan mereka bermula daripada sikap semasa berkursus, semasa perjalanan udara dan darat, semasa berada di Mekah dan Madinah, sehingga perjalanan pulang selepas selesai menyempurnakan ibadah haji,” titah baginda.Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak Musim Haji 1440/2019 di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Lembaga Tabung Haji sememangnya dikenali sebagai badan yang memiliki rekod menguruskan urusan haji secara profesional lagi komprehensif.

Titah baginda lembaga tersebut memenuhi segala keperluan jemaah sebaik mungkin merangkumi penempatan, pengangkutan, makanan, kebajikan, perubatan dan kesihatan selain keperluan ibadah serta keilmuan dengan menyediakan pemandu, mutawif dan guru.

Pada tahun ini seramai 2,795 orang dari negeri Perak berjaya mendapat tempat untuk mengerjakan haji.

Sumber dipetik dari Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s