PAS kena isytihar Umno parti Islam sebelum jalin kerjasama – Dr Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu.

Dengan nada sinis, perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytiharkan ahli Umno sebagai kafir dan PAS seharusnya mengisytiharkan Umno “Islam”.

“Tetapi sampai sekarang, PAS tidak kata apa-apa. Dahulu dia (PAS) kata Umno kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, PAS tidak kata pula Umno itu kafir.

“PAS kerjasama dengan Umno, dia sendiri jadi kafir,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34.

Semalam, Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan Umno.

Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata PAS tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).

Kali terakhir PAS mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s