TPM lancar video elak kanak-kanak jadi mangsa gangguan seks

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan lima siri video pendidikan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa gangguan seksual.

Video berbentuk iklan dengan tempoh kurang satu minit setiap siri itu boleh ditonton melalui saluran Youtube seperti video lagu kanak-kanak, siri kartun dan sebagainya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Youtube pada masa ini menjadi medium pendidikan interaktif yang dilayari ribuan kanak-kanak setiap hari.

“Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka melayari Youtube bukan tujuan hiburan semata-mata, malah ia turut menjadi sumber pendidikan interaktif bagi anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Justeru katanya melalui medium berkenaan, kanak-kanak boleh diajar berkaitan sentuhan selamat (safe touch) dan sentuhan tidak baik (bad touch) bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Kanak-kanak perlu mengetahui dan perlu diajar apa itu ‘safe touch dan bad touch seawal mungkin.

“Dengan pelancaran video ini, kita amat berharap kanak-kanak akan dapat mengenal pasti sebarang petanda atau tingkah laku yang mencurigakan sewal mungkin daripada pelaku kesalahan seksual di kalangan ahli keluarga atau kenalan yang dikenali rapat,” jelasnya.

Wan Azizah berkata, kementeriannya mensasarkan siri video berkenaan akan ditonton oleh 150,000 kanak-kanak sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu Timbalan Menteri Hannah Yeoh yang turut hadir dalam majlis pelancaran video berkenaan berkata program intervensi itu akan memfokus kumpulan sasar iaitu kanak-kanak prasekolah.

“Ini adalah satu usaha bersama kementerian KPWKM, NGO seperti Malaysian Against Pornography dan Google.

“Google akan memantau program ini dengan mempromosi dan sebagainya,” kata Hannah.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual disaran membuat laporan dengan menghubungi Talian Kasih 15999 dan Talian Kecemasan 999.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s