Pas guna hukum agama untuk kepentingan politik, kata Asmuni

Tindakan Pas yang secara terbuka menyatakan pendiriannya wajib menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dilihat sebagai menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata Pas sering mengeluarkan ‘fatwa’ baharu bertujuan menjatuhkan parti lawan setiap kali mengadakan muktamar tahunan.

“Itulah sikap Pas yang gemar menjatuhkan ‘hukum’. Dahulu apabila mereka bergaduh dengan Umno  digelarkannya Umno parti kafir, sekarang mereka mahu menjatuhkan PH pula.

“….mereka (pengikut) yang tidak mahir dalam agama (Islam) menganggap itu sebagai satu perintah kerana yang bercakap (mengeluarkan ‘fatwa’) itu memakai serban dan berjanggut, jadi pengikut mudah terpedaya”.

Pas guna hukum agama untuk kepentingan politik, kata Asmuni

Asmuni yang juga anggota Exco bagi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri bercakap kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah peringkat negeri di sini, hari ini.

Ahad lepas, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan, Pahang menyatakan pendirian bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.- BERNAMA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s