Hospital Pakar Putra jana keuntungan selepas tiga tahun rugi RM42 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra Melaka, Chong May Lee kecewa dengan penyebaran fitnah pembangkang yang bertujuan mengaburi kejayaan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memulihkan semula prestasi kewangan pusat perubatan milik kerajaan negeri itu.

Pembangkang katanya, sengaja menutup kejayaan PH yang berusaha meletakkan institusi itu di landasan tepat selepas merekodkan kerugian terkumpul lebih puluhan juta bagi tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2016.

May Lee yang dilantik memegang jawatan itu sejak Jun 2018 mengakui terkejut dengan jumlah kerugian terkumpul yang dicatatkan pada 2016 (RM30.5 juta), 2017 (RM38.44 juta) dan 2018 (RM 42.34 juta), diikuti penempatan pekerja berkemahiran dan berkelayakan dijawatan yang salah.

Lebih mengejutkan tegasnya, apabila penjualan 96 peratus cawangan Hospital Pakar Putra di Batu Pahat, Johor pada 2016 bagi menampung kerugian juga masih belum menerima bayaran sepenuhnya.

“Sejumlah wang melibatkan nilai belasan juta terlibat dalam penjualan itu dan kita hanya menerima bayaran 47.8 peratus membabitkan beberapa juta sahaja sedangkan 95 peratus pemindahan hak milik telah dilaksanakan pada 2017.

“Mengetahui hal berkenaan, satu mesyuarat ahli lembaga pengarah dihadiri Ketua Menteri, Adly Zahari yang ketika itu pengerusi kami diadakan, sebelum mengambil nasihat peguam untuk menerima baki bayaran termasuk faedah pada 7 September 2018,” katanya ketika ditemui MelakaKini di sini hari ini.

PENSTRUKTURAN SEMULA

Bekas akauntan yang pernah berkhidmat selama lebih 20 tahun di beberapa syarikat terkemuka dunia itu turut mengakui hospital berkenaan sedang melalui fasa penambahbaikan, penjimatan dan penstrukturan semula jawatan.

“Pelbagai perkara lain turut dibuat antaranya menambahbaik fasiliti sedia ada, menempatkan jawatan pekerja mengikut kelayakan supaya lebih efisyien termasuk menghapuskan orang tengah dalam perolehan bekalan ubat-ubatan bagi mengurangkan kos.

“Menamatkan khidmat kepakaran luar dan memperkasakan kepakaran dalaman dalam bidang tertentu yang mampu menjimatkan perbelanjaan sehingga RM600,000 setahun dan pelbagai lagi.

“Berdasarkan pengalaman dimiliki saya cuba memastikan aliran tunai syarikat kembali lancar dan mampu menjana keuntungan berbanding kerugian yang direkodkan.

“Namun, keuntungan yang disasarkan tidaklah terlalu tinggi kerana sebagai sebuah badan kesihatan, nyawa pesakit adalah keutamaan, diikuti kebajikan pekerja,” katanya.

PENAFIAN FITNAH PEMBANGKANG

Ditanya berhubung tuduhan pemberhentian pekerja yang dilemparkan terhadapnya, May Lee menafikan perkara itu.

“13 kakitangan tetap termasuk seorang kakitangan kontrak meletakkan jawatan secara sukarela tanpa sebarang paksaan, mungkin mereka tidak biasa berdepan dengan tekanan kerja dengan budaya kerja baharu dibawah penstrukuran semula.

“Kenyataan yang mengatakan saya melakukan ‘penghapusan etnik’ juga tidak benar kerana pengambilan pekerja baharu turut membabitkan kaum Melayu, India dan Cina, mengikut prosedur, kemahiran dan kelayakan dimiliki.

“Untuk rekod pekerja di sini juga majoritinya berbangsa Melayu dengan pengambilan baharu pada Jun 2018 iaitu Melayu 52 orang, Cina 16 orang, India 8 orang dan lain-lain tiga orang,” katanya.

Bagi menangkis fitnah itu, tambahnya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s