Hujah Tuan Guru Amat Menyedihkan

Menurut laporan di Malaysiakini dalam satu ucapannya, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan 30 peratus anak muda yang mengundi PH pada pilihan raya umum (PRU) lalu sebagai kekurangan ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut makna sebenar.

Hujah Tuan Guru yang saya hormati ini amat menyedihkan. Bagi saya, anak muda ataupun golongan belia ini haruslah didekati dan difahami terlebih dahulu, bukan dengan semudahnya kita menghukum golongan ini.

Saya tidak mengatakan pendidikan agama itu tidak penting, tetapi soal pendidikan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas, bukan hanya terhad kepada pendidikan agama. Ia termasuklah pendidikan politik, sivik/moral, kreativiti dan lain-lain lagi.

Sebagai muslim, kita meyakini bahawa Islam itu hikmah dan rahmah buat seluruh alam.

Jika kita bersetuju dengan hujah bahawa pendidikan agama anak muda itu yang menjadi penyebab kekalahan Umno dan PAS, saya rasa Tuan Guru telah sama ada menyempitkan ataupun menjuzuk-juzukkan makna agama, pendidikan dan sekali gus politik.

Pendidikan agama itu bukan tujuannya untuk politik semata-mata, tetapi termasuklah aspek akidah dan amalan. Pendidikan pula merangkumi persoalan jatidiri, kemahiran dan intelek manusia. 

Manakala politik pula bukan hanya berkisar tentang adakah cukup Islam atau tidaknya seseorang pengundi itu, politik ini soal siasah individu sebagai warganegara dalam sebuah negara demokrasi.

Tidak wajar kita menyalahkan anak muda yang tidak memahami pendidikan (tarbiah) PAS. Dan tidak wajar kita menyalahkan non-Muslim yang tidak mengundi PAS atau Umno.

Mereka ini punya daya fikir yang berbeza, kehendak dan citarasa yang berbeza antara satu sama lain. Seorang ulama yang arif akan naratif anak muda ini seharusnya mendekati mereka dengan lebih inklusif, bukan prejudis.

Saya menyeru kepada semua anak muda untuk berlapang dada dengan kritikan presiden PAS ini. Pada masa sama kita tetap menghormati institusi ulama, kami seluruh anak muda tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyokong kleptokrasi dan perosak negara.

Anak muda bukan seperti lembu yang dicucuk hidung. Kami punya maruah dan jati diri jiwa merdeka. Kami punya harga diri. Kami yang akan mencorakkan masa depan negara. Kamilah pewaris bangsa.

Jika benarlah 30 peratus anak muda kurang ilmu agama, adalah menjadi kewajipan kita membantu mereka, bukan menyalahkan mereka.

SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI ialah setiausaha publisiti DAP Johor merangkap Adun Paloh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s