Husam menang saman fitnah ‘terima dana dari DAP’

Naib Presiden Amanah Husam Musa menang kes saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini.

Saman itu berkenaan kenyataan di laman Facebook Wan Zawawi dua tahun lalu yang mendakwa Amanah Kelantan menerima dana daripada DAP untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Perkara itu dimaklumkan penasihat Undang-undang Amanah Kelantan Hisham Fauzi dalam satu kenyataan.

“Zawawi di dalam status facebooknya menuduh Amanah Kelantan menerima duit daripada seorang taukeh judi dari DAP untuk digunakan bagi menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan dengan gambar Husam bersama tulisan tersebut,” katanya.

Husam diwakili Tetuan Hisham Fauzi & Associates dengan peguam Alawi Abdul Rashid, Norazham Yahaya dan Rusilawati Zakaria manakala Zawawi diwakili oleh Tetuan Rithauddeen & Aziz dengan peguam Rizwani Adam dan Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi.

Menurut Hisham, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan Husam selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan memenuhi kriteria kes fitnah.

Katanya, hakim memerintahkan Wan Zawawi membayar ganti rugi dengan jumlah yang akan diputuskan mahkamah nanti.

“Beliau turut mengarahkan defendan menarik balik artikel berkenaan, menyiarkan permohonan maaf di akhbar nasional selama sehari dan membayar kos perbicaraan berjumlah RM50,000.

“Zawawi pada masa (mengeluarkan kenyataan itu) merupakan ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan dan juga Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),” katanya lagi.

Husam memfailkan saman tersebut pada 12 September 2017.

Menurut pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan itu disiarkan di laman Facebook Wan Zawawi pada 8 Jun 2017 dengan tajuk “Betulkah Koon Yew Yin Memberi Derma Untuk Amanah (PAN) Jatuhkan Kerajaan Islam PAS Kelantan?”.

Sementara itu, Hisham berkata mahkamah juga mengeluarkan perintah tegahan (injunksi) terhadap Wan Zawawi agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Husam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s