Lokman: Umno gugur cadangan singkir ahli bersalah kes rasuah, jenayah

Umno menolak cadangan meminda perlembagaan parti untuk menyingkirkan anggota yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah, maklum Ahli Majlis Tertingginya, Lokman Noor Adam.

Menurutnya lagi, cadangan untuk membawa kes disiplin bagi siasatan soal kewangan dan pendakwaan SPRM juga telah digugurkan.

“Alhamdulillah, bantahan saya banyak telah diterima sebelum dibahaskan oleh MT.

“Cadangan agar sesiapa yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah dan dah selesai rayuan diperingkat tertinggi tapi masih didapati bersalah, dilucutkan keahlian secara automatik telah digugurkan dari cadangan.

“Cadangan awal untuk membawa kes disiplin yang berkaitan dengan soal kewangan untuk disiasat lanjut dan dilakukan pendakwaan oleh SPRM juga telah digugurkan,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Lokman menzahirkan kelegaannya terhadap keputusan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno itu yang menolak “cadangan yang boleh mengundang perpecahan di kalangan ahli Umno.”

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pada 30 Mei lalu dikatakan menjadi tokoh di belakang cadangan agar perlembagaan parti dipinda bagi mengetepikan pemimpin yang didakwa di mahkamah.

Memetik sumber, Straits Times melaporkan Mohamad sedang melobi syor berkenaan, bersama dengan sekutunya, iaitu naib presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, yang ditugaskan untuk meminda perlembagaan parti.

Pada awal bulan ini, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Umno sedang berusaha untuk meminda Fasal 9.9 perlembagaannya pada mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan pada bulan November.

Jika cadangan berkenaan diterima, ia boleh membawa kepada penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang bercuti.

Turut didakwa akan tersingkir adalah bekas presiden parti itu, Najib Razak yang kini mengetuai Umno Bahagian Pekan.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan dan Naib Presiden Khaled Nordin sebelum ini menafikan Fasal 9.9 yang akan melucutkan jawatan parti bagi mereka yang didakwa di mahkamah.

Mereka kedua mengetuai jawatankuasa yang mengutip pandangan dan membuat kajian berkenaan pindaan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s