Melaka bakal bina Resort Harapan untuk warga emas

Satu lagi inisiatif untuk menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik di Melaka.

Kerajaan negeri bakal mewujudkan pusat penjagaan warga emas atau Resort Harapan dalam usaha membantu menampung keperluan warga emas terpinggir di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Adly Zahari selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Adly berkata, inisiatif itu bakal dilaksanakan selepas pihaknya menganggarkan Melaka akan menjadi ‘ageing state’ dengan penambahan bilangan warga emas mencecah 15 peratus menjelang 2023.

Menurutnya, sektor swasta bakal memainkan peranan penting dalam membangunkan pusat penjagaan warga emas itu.

“Kerajaan negeri merangka satu pelan pembangunan jangka pendek untuk keperluan golongan terbabit.

“Ini kerana mereka seharusnya mendapat perhatian terbaik lebih-lebih lagi jika mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri

“Dicadangkan sebahagian daripada warga emas di Resort Harapan ditanggung menggunakan wang zakat dan selebihnya oleh keluarga mereka yang berkemampuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Adly, pelaksanaan projek itu masih dalam perbincangan antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menilai peruntukan dan modulnya.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak swasta dan NGO dalam menambah baik pengurusan wargaemas negeri ini,” katanya.

Adly menjangkakan Resort Harapan itu dapat direalisasikan pada awal tahun depan.

“Persediaan awal ini dilakukan supaya tiada permasalahan lain timbul jika kita serahkan sepenuhnya pengurusan warga emas kepada pihak swasta.

“Kerajaan negeri sudah bersedia dengan inisiatif ini dan kita juga menekankan faktor kesihatan, kebajikan dan pendidikan lebih sistematik buat warga emas itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Adly menegaskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberikan tempoh sebulan membekalkan lampin pakai buang kepada warga emas yang memerlukan.

“Kita peruntukan kepada Japerun untuk bekalkan lampin pakai buang selama dua bulan (bulan Jun dan Julai) kepada warga emas tersebut,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s