Asas perpaduan ummah perlu berlandaskan persaudaraan Islam, rentas ideologi politik

Asas kepada perpaduan ummah mestilah yang berasaskan kepada persaudaraan Islam, iaitu melewati dasar atau pun ideologi politik itu sendiri.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, jika asas kepada perpaduan ummah itu adalah untuk membentuk strategi berhadapan pilihan raya, maka itu adalah asas tidak kukuh dan sangat rapuh.

Beliau berkata, apabila pilihan raya diadakan, dan gabungan parti politik itu mendapat kemenangan, ia kadang kala merupakan kemenangan yang boleh memperdalam ‘lubang jatuh’.

“Saya selalu mengatakan, jangan kita takut kepada orang yang biasa kenyang apabila dia lapar, tetapi takutlah kepada orang yang lapar apabila dia kenyang.

“Apabila kemenangan diperolehi, maka berlaku perebutan kuasa dan pada masa sama, perbalahan turut berlaku.

“Sejarah menunjukkan kepada kita di sini lubang kejatuhan parti politik yang mengadakan perpaduan atau pun percaturan politik, semata mata berasaskan cita-cita atau pun perancangan untuk sama-sama menjadi pemenang pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung yang dibuat di Facebooknya hari ini, bertajuk Perpaduan Ummah Bukan Setakat Perpakatan Politik.

Dalam pada itu, Dr Mahmood berkata, jika sekarang ini kita menumpukan perhatian untuk memperkukuhkan perpaduan ummah dalam sebuah agenda perpakatan politik, maka perpakatan itu jangan berasaskan kehendak untuk memenangi pilihan raya semata-mata

Beliau menambah, menurut satu kajian, ahli politik termasuk dalam kategori tiga jenis manusia berpengaruh dalam masyarakat, selain ahli sukan dan juga penggiat seni.

“Apabila bercakap tentang perpaduan ummah, maka masyarakat terus melihat bahawa yang dimaksudkan adalah perpaduan dalam kalangan orang-orang politik atau pun umat Islam yang terlibat dalam perjuangan politik.

“Ini kerana mereka adalah selebriti masyarakat dan seseorang yang mempunyai impak tinggi dalam kalangan masyarakat itu sendiri.

“Tetapi sebenarnya anggapan seperti itu bukan lah satu yang betul. Kalau kita melihat bahawa perpaduan ummah itu sekadar melibatkan perpakatan di antara parti politik umat Islam di negara kita, maka ada kemungkinan perpaduan itu boleh terjadi tetapi dalam kalangan orang politik sahaja.

“Mungkin kesannya untuk jangka masa panjang tidaklah seperti yang kita jangkakan pada hari ini,” ujarnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s