Mufti: ‘Fatwa’ wajib jatuhkan k’jaan hanya pandangan ahli politik

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata ‘fatwa’ yang mewajibkan untuk menjatuhkan kerajaan hanyalah pandangan seorang ahli politik.

Jelas Mohamad Shukri, susah untuk mentafsir maksud sebenar ucapan ahli politik kerana ‘bahasa’ yang digunakan tidak sama.

“Bagi saya apa yang dikatakannya itu cuma dari segi bahasa dan cuma sekadar pandangan terhadap pihak lawan mereka,” katanya dipetik Sinar Online.

Tambah Mohamad Shukri, sesuatu perkara hanya dianggap fatwa apabila ia ditetapkan oleh mufti.

“Jika sesuatu perkara itu keluar daripada mufti maka boleh dianggap sebagai fatwa.

“Tetapi jika ia keluar daripada orang lain, maka ia sekadar pandangan sahaja, tetapi kadang-kala mufti pun ada keluarkan pandangan juga,” katanya.

Mohamad Shukri dipetik berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang membidas pendirian Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Zawawi Salleh.

Nik Zawawi pada sesi penggulungan Muktamar ke-65 baru-baru ini yang berpendirian bahawa menjatuhkan kerajaan PH adalah wajib dan menegaskan bahawa tiada khilaf (pertikaian) mengenai hal itu.

“Parti kita, PAS, berhadapan dengan PH hukumnya adalah wajib. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ketika ini hukumnya wajib,” katanya.

Susulan itu, Mohamad membidas kenyataan Nik Zawawi dan menyifatkannya sebagai “fatwa mengarut”. Mufti: ‘Fatwa’ wajib jatuhkan k’jaan hanya pandangan ahli politikSusulan itu, Mohamad membidas kenyataan Nik Zawawi dan menyifatkannya sebagai “fatwa mengarut”.

“Segala kritikan kita ambil, kita kaji. Kalau kritikan itu benar kita baiki.

“Tapi kalau ada fatwa-fatwa mengarut itu, kita hindarkan, bahkan kita lawan parti yang selalu menurunkan fatwa itu kerana ia boleh merosakkan keharmonian yang ada di Malaysia,” katanya yang juga menteri pertahanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s