PAS, UMNO wajar agih kerusi EXCO jika ikhlas berpadu

KUALA TERENGGANU: Empat kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan PAS dicabar membuktikan kerjasama dan penyatuan dua parti itu dengan menzahirkannya dalam bentuk agihan kerusi EXCO dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Cabaran itu disuarakan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, bagi membuktikan kerjasama UMNO dan PAS bukan retorik atau senda politik semata-mata.

Beliau berkata, adalah penting untuk PAS dan UMNO membuktikan bahawa agenda penyatuan dan kerjasama dua parti itu benar-benar ikhlas untuk kepentingan rakyat sepertimana yang sering dicanangkan kepada ahli dan penyokong kedua-dua parti.

“Di negeri pentadbiran BN seperti Pahang dan Perlis, masing-masing mempunyai 10 dan lapan jawatan EXCO kerajaan negeri.

“Justeru tiga daripada jawatan EXCO itu di Pahang patut diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, manakala dua jawatan sama perlu diberikan kepada ADUN PAS di Perlis.

“Begitu juga di negeri pentadbiran PAS iaitu Kelantan dan Terengganu yang masing masing mempunyai 10 jawatan EXCO kerajaan negeri.

“PAS mesti membuktikan dan mencerminkan kerjasama dengan UMNO itu dengan melantik dua ADUN dari BN sebagai EXCO di Kelantan, manakala di Terengganu pula PAS seharusnya menyerahkan tiga jawatan EXCO kepada BN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri UMNO dan PAS melaksanakan cabaran itu membolehkan rakyat berhak untuk mempertikai keikhlasan penyatuan dua parti itu.

“Keadaan itu akan menjadi bukti bahawa kedua-dua parti sedang bersandiwara kepada penyokong masing-masing, malah kepada seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini dengan permainan politik mereka dan bukan usaha murni kerjasama seperti dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, alasan kerjasama dijalin PAS dan UMNO hanya dalam bentuk kerjasama yang mereka namakan ‘taawun’ tidak boleh diterima pakai kerana kedua-dua parti berganding erat dalam beberapa isu termasuk mengenai Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) di Parlimen.

“Perkara ini (kerjasama) sudah nampak dari awal sebagai contoh dalam isu RUU355 di peringkat kepimpinan politik masing-masing, cuma tidak ada pelantikan jawatan dibuat.

“Ini adalah kerja asas. Mereka sudah adakan banyak pertemuan dan perbincangan, tetapi tidak dibuktikan dengan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Inilah satu-satunya bukti yang ditunggu-tunggu rakyat terutama pengundi di empat negeri terbabit,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s