‘Budak jalanan’ sukar cerna hujah Tuan Ibrahim

Pensyarah kanan Universiti Sultan Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle, hari ini menyanggah beberapa fakta yang dikemukakan Timbalan Presiden PAS berhubung hadis Rasulullah SAW mengenai larangan mengisytihar harta kepada umum,.

Menulis dengan panjang di akaun sosialnya Rozaimi menyenaraikan beberapa kesilapan dibuat Tuan Ibrahim semasa menjelaskan pendiriannya dalam sebuah kuliah agama.

Menggunakan satu klip video sebagai rujukan Rozaimi menyatakan ada istilah digunakan Tuan Ibrahim tidak dapat difahaminya, iaitu muqatta’, namun beliau mengesyaki bekas pensyarah Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) itu bermaksud munqati’ iaitu keadaan sesebuah hadis terputus sanadnya.

Rozaimi juga berkata beliau tidak faham dengan penjelasan diberikan Tuan Ibrahim apabila isu kaedah usul berkenaan dibawa menjadi persoalan.

“Jika benar ia tidak mengikut kaedah, maka apa kaitannya hadis tadi dibaca?

“Adakah apabila usul dibuat mengikut kaedah (yang dimaksudkan) maka hadis tersebut terus tidak terpakai pada beliau?” katanya.

Selanjutnya Rozami berkata hujah diberikan anggota parlimen Kubang Kerian itu sukar untuk dicerna.

“Kecelaruan hujah YB Tuan Ibrahim ini sukar untuk saya cerna.

“Saya tidak pasti adakah beliau menggunakan mantiq tahap tinggi sehingga saya gagal mencernanya kerana tidak sama level. Saya menunggu respon lanjut beliau dalam isu ini,” katanya.

Menurut beliau tidak ada nas yang sahih untuk Islam melarang harta diisytihar.

“Orang yang membaca sejarah Umar al-Khattab akan menjumpai bahawa beliau sangat tegas meneliti harta pegawainya.

“Kisah Umar dan Abu Hurairah selepas Abu Hurairah dihantar ke Bahrain dan pergeseran pendapat mereka selepas itu terlalu masyhur dan tidak perlu saya ulanginya.

“Ini semua bukti yang cukup untuk membantah mereka yang menggunakan nas agama untuk melarang polisi pengisytiharan harta,” katanya.

Bagaimanapun Rozaimi secara bergurau memberitahu beliau bukanlah seorang ulama atau ketua mana-mana dewan ulama untuk pertubuhan Islam.

“Saya hanya budak jalanan yang banyak membuang masa,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s