‘Pendekatan politik PAS bahaya’

Pendekatan politik PAS yang seolah-olah mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan definisi Islam di negara ini sangat berbahaya kepada negara, kata exco Johor, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Menurutnya PAS adalah parti yang membawa politik masa silam.

“Untuk saya, PAS is past (PAS sudah berlalu). Kita tidak boleh menjadikan parti politik sebagai authority (pihak yang bertanggungjawab menentukan) dalam isu agama.

“Sebab akhirnya, ia tidak sihat untuk negara dan juga politik,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Petaling Jaya kelmarin.

Menurut Sheikh ‘Umar, beliau tidak ada masalah untuk menerima mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam namun ia mestilah dalam keadaan yang sewajarnya.

PAS, kata Sheikh ‘Umar, berpolitik dan bersuara seolah-olah mereka satu-satunya wakil kepada Islam di negara ini.

“Macam sekarang, PAS kata dalam Islam tidak perlu isytihar harta. Kalau kita anggap PAS itu wakil kepada agama, jadi semua orang tidak akan isytihar hartanya. Ini tidak baik untuk banyak perkara.

“Sebagai contohnya, ada orang disiasat kerana rasuah. Apa akan terjadi jika PAS berkata tak payah siasat. Sekiranya, PAS dilihat sebagai badan yang berkuasa mutlak dalam soal Islam, maka, kita tidak perlu siasat. Saya percaya ini sangat bahaya,” katanya.

Sheikh ‘Umar yang juga bekas anggota PAS sebelum menyertai DAP mendedahkan sejak dulu pendekatan PAS terhadap Islam boleh dikira sebagai kurang sensitif.

Cuma, katanya, ketika ini pendekatan itu semakin berbahaya, manakala keikhlasan mereka membawa jenama Islam dalam politik tanah air disangsikan.

“Ini kerana, sekarang kita lihat PAS boleh bersama Umno. Pada suatu masa dulu, dia (PAS) tak memberi kita kebenaran untuk bersama Umno.

“Kita pun pertikaikan adakah Islam yang dibawah adakah untuk kepentingan politik semata-mata?” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s