Membangkang dengan samseng, rasis

Ahli parlimen pembangkang daripada Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang digantung selama empat hari pada 3 Julai, 2019 mengatakan beliau akan tetap hadir ke Dewan Rakyat.

Menurut pemimpin Umno itu, beliau tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming malah menyifatkan keputusan itu belum dikuatkuasakan.

Ketika diarahkan keluar Dewan Rakyat juga, Tajuddin langsung tidak mempedulikan bentara-bentera parlimen yang memintanya meninggalkan dewan yang mulia itu.

Semasa Tajuddin “mengganas” dalam Dewan Rakyat ketika enggan mengikut arahan Nga, beliau sempat menggeluarkan kenyataan “rasis” kepada ahli Parlimen kerajaan dengan mengatakan “muka kamu seperti komunis!”.

Mengapa kenyataan Tajuddin itu cenderung kepada rasisme? Kerana di Malaysia, komunisme dikaitkan dengan orang Cina.

Ini kerana Parti Komunis Malaya dahulu ketika diperangi digambarkan sebagai sebuah parti Cina walaupun sebenarnya parti itu berbilang kaum dan turut dipimpin oleh orang Melayu.

Sedangkan “muka seperti komunis” itu haruslah dirujuk kepada wajah-wajah seakan Karl Marx yang menulis Manifesto Komunis.

Jadi ketika Tajuddin mengingkari arahan Nga itu, beliau merasa “tidak berdosa” kerana menganggap arahan itu daripada “seorang Cina” dan bukannya daripada seorang timbalan speaker Dewan Rakyat.

Kita lihat ketika Tajuddin berhujah melawan arahan Nga.

Beliau bercakap seolah-olah seperti seorang “samseng” dan bukannya seorang pemimpin politik atau ahli parlimen yang dipilih rakyat.

Apakah Tajuddin tidak peduli dengan rakyat di seluruh negara yang melihat perbahasan itu sama ada secara langsung di Dewan Rakyat, mahupun melalui laman sosial Youtube?

Apakah ini contoh yang mahu ditunjukkan Tajuddin kepada pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak kecil di Pasir Salak?

Bagaimana pula dengan sekutu Umno iaitu PAS? Apakah PAS boleh menerima ahli politik samseng seperti Tajuddin dan mengheretnya di pentas-pentas ceramah?

Sivakumar diseret keluar

Sepuluh tahun yang lalu ketika berlaku krisis perlembangaan di negeri Perak (negeri asal Tajuddin), berlaku pertikaian antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dan BN tentang siapakah speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Terdapat dua speaker DUN pada ketika itu iaitu V Sivakumar (kini ahli Parlimen Batu Gajah) daripada Pakatan dan R Ganesan daripada BN.

Keadaan ini berlaku selepas rampasan kuasa dilakukan BN apabila mendapat bilangan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Sivakumar yang enggan keluar DUN kerana menganggap dirinya masih seorang speaker yang sah diseret keluar (bawah) oleh sekumpulan polis dari dalam dewan. 

Nasib baiklah Tajuddin kini menjadi ahli Parlimen pembangkang di zaman Pakatan Harapan (PH) berkuasa, jika di zaman BN, tidak tahulah apa yang akan berlaku kepada dirinya.

Akan tetapi, terdapat bahaya dengan “perangai samseng dan rasis” yang ditunjukkan Tajuddin itu. Inilah budaya politik yang sedang dibawa Umno dan sekutu mereka PAS.

Agama Islam dan isu Melayu akan diperalatkan kerana isu perkauman dan agama mudah untuk “dijual” dan boleh mempengaruhi emosi orang ramai.

Lihatlah sejarah Adolf Hitler di Jerman. Kempen perkauman yang pada mulanya tidak dihadiri ramai orang akhirnya bertukar menjadi satu pergerakan besar.

Sudah sampai masanya kerajaan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap politik perkauman memperalatkan agama Islam yang sedang dibawa Umno dan PAS.

Dan sudah sampai masanya Malaysia bertegas terhadap manipulasi perkauman dan agama. Takkanlah kerajaan hanya mahu bertindak selepas satu lagi Tragedi 13 Mei berulang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s