Najib dilantik ketua penasihat BN – Ku Nan

Bekas perdana menteri merangkap pengerusi BN, Najib Razak, hari ini dilantik sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu.

Mengumumkan pelantikan tersebut, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin parti yang hadir.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu diadakan di Pusat Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Datuk Seri Najib bekas perdana menteri Malaysia dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam ini sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, Najib akan menjalankan tugas membantu BN mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, S Vigneswaran; dan ketua-ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Najib juga hadir dalam mesyuarat itu.

Najib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN Pada 12 Mei tahun lalu susulan kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman tersebut dibuat kurang dari 10 hari selepas Ahmad Zahid menamatkan cutinya sebagai presiden Umno.

Sementara itu mengulas mengenai pelantikannya, Najib jelas bersemangat.

Onnnnnn,” katanya di media sosial.

Kata anggota parlimen Pekan itu, beliau menerima pelantikan tersebut dan akan melawan PH bersama-sama.

“Kita lawan PH bersama. Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s