Pelantikan Najib: PAS tunggu biro politik bermesyuarat

Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pelantikan Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN dilihat sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan kembali parti itu.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata tidak timbul isu moral berhubung pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri itu selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Najib merupakan bekas perdana menteri dan presiden Umno yang mempunyai pengalaman luas mentadbir negara dan mengemudi parti serta parti komponen lain.

“Dari sudut moral, lantikan tersebut tiada masalah kerana kes beliau sedang dibicarakan dan kita berpegang kepada prinsip ‘innocent until proven guilty‘ (tak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya).

“Kalau penyokong Pakatan Harapan (PH) menyebutkan isu moral, Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum PKR di dalam penjara Sungai Buloh. Berduyun-duyun pimpinan PKR, selain Dr Mahathir Mohamad menghubunginya di dalam penjara,” katanya kepada Malaysiakini.

Malam tadi, BN mengumumkan pelantikan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu.

Pelantikan tersebut diumumkan Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin parti yang hadir.

Menurut Tengku Adnan, Najib akan menjalankan tugas membantu BN mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Sementara itu, Shahir menyifatkan populariti Najib yang naik secara mendadak selepas PRU-14 boleh digunakan bagi menarik sokongan rakyat.

Jelasnya pemilihan Najib tidak memberi kesan kepada agenda penyatuan ummah parti-parti politik pembangkang, Umno, PAS mahupun Ikatan kerana ideologi tersebut berdiri atas dasar parti, bukan individu.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata mesyuarat biro politik PAS akan membuat pendirian berhubung pemilihan Najib sebagai pengerusi lembanga penasihat BN.

Katanya, sebarang pandangan terhadap sekutu pembangkang itu akan dibuat selepas biro terbabit bermesyuarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s